Perkhidmatan
1. Kursus Asas Taraf Bumiputera (ATB)
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman kontraktor ke atas syarat-syarat taraf Bumiputera dan sebagai tambah nilai ke atas sikap kontraktor agar lebih menghargai projek yang telah ditawarkan.
2. Kursus Pembangunan Kontraktor
Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kontraktor dalam sektor pembinaan, pengurusan kewangan dan syarikat. Antaranya kursus yang ditawarkan adalah seperti CIPAA(Asas Kontrak Akta Pematuhan 520), Pengurusan Kewangan, Pengiraan Sebut Harga dan Tender Projek serta Business Matching Program (BMP) dan lain-lain kursus.
3. Kursus Teknikal
Tambah Bidang
i. Merangkumi kursus-kursus yang telah diluluskan oleh pihak CIDB sahaja;
ii. Membolehkan kontraktor memperolehi pengkhususan kepakaran di bawah CIDB; dan
iii. Memberi peluang kepada kontraktor untuk menyertai perolehan yang memerlukan kod bidang tertentu.
Building Information Modelling (BIM) – (new course)
i. Pendedahan kontraktor kepada Revolusi Industri (I.R 4.0) dan pengenalan kepada Artificial Intelligence (A.I) dalam industri pembinaan.
ii. BIM merupakan proses penyediaan dan penggunaan model menerusi teknologi digital 3D berparametrik yang mengandungi informasi bagi meningkatkan sistem penyampaian di sepanjang kitar hayat pelaksanaan projek di samping menjimatkan masa dan kos.
Site Safety & Occupational Hazzard - (new course)
i. Memberi pendedahan industri kepada kontraktor dan pekerja mereka serta aspek-aspek keselamatan terutamanya di tapak projek.
Program Latihan Tapak dan Khidmat Komuniti
i. Program ini melibatkan kerja-kerja pembaikan kecil kemudahan awam dan dilaksanakan dengan memperuntukan bahan-bahan binaan kepada masyarakat setempat melalui usahawan binaan Bumiputera yang berdaftar dengan PKK.